Thursday, December 3, 2009

Gejala Mat Rempit

Dalam era globalisasi ini,gejala rempit sering diungkap dalam kehidupan seharian.Gejala rempit turut dipaparkan melalui media massa,sama ada dalam media cetak atau media elektronik,contohnya televisyen,radio,internet dan sebagainya.Gejala ini semakin membimbangkan semua pihak serta bertambah serius sejak kebelakangan ini.Sekiranya tiada bukti,namun tiadalah gambaran yang dapat diterbitkan oleh pengarang akhbar tempatan pada muka depan surat khabar.”Jika tiada angin,masakan pokok akan bergoyang?”Apakah yang dimaksudkan oleh “rempit”?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,rempit merupakan pelumba haram motosikal yang melakukan aksi-aksi berbahaya terutamanya remaja.Rempit turut dikenali sebagai “ samseng jalanan “ oleh masyarakat tempatan.Lokasi-lokasi yang melibatkan gejala rempit berlaku biasanya di sekitar Bandar besar,iaitu Kuala Lumpur,Jalan Tun Abdul Rahman,Dataran Merdeka,Lebuh Raya Mahamera serta beberapa bandar-bandar kecil di seluruh negara.Pada pendapat saya,gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara.Namun,apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini terus berlaku dan dibelenggu?

Faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala ini berlaku ialah kecuaian ibu bapa.Dunia yang semakin moden ini menyebabkan kebanyakan masyarakat kini terus mengejar materialistik serta individualistik menjadi salah satu punca menyebabkan gejala ini terus berlaku.Adakah wang merupakan harta yang terpenting dalam kehidupan mereka?Mereka sanggup mengetepikan anak-anak hanya untuk mengumpul sebanyak harta yang mampu dan mengejar kemewahan semata-mata.Mereka tidak pernah mempedulikan perasaan dan keperluan anak-anak,sedangkan anak-anak yang masih kecil serta memerlukan belaian kasih sayang daripada mereka?Hal ini menyebabkan anak-anak tidak dapat merasai kebahagian dan keprihatinan daripada kedua-dua ibu bapa.Di samping itu,mereka akan kehilangan arah tuju kehidupan lama-kelamaan.Ibu bapa dapat mencapai kemewahan,namun mereka tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah berubah menjadi jahat,”Yang dikejar tidak dapat,yang dikendong berciciran”.Adakah semua itu telah terlambat?Bak kata pepatah melayu,”nasi sudah menjadi bubur”.Ibu bapa terlalu mempercayai anak-anak dan memberi kebebasan yang terlampau banyak kepada anak-anak turut menyebabkan gejala ini berlaku.

Di samping itu,kepincangan dan goyah sesebuah institusi kekeluargaan turut menyebabkan gejala ini berlaku.Penceraian ibu bapa sudah tentu menjadi tamparan besar buat anak-anak.Mereka terpaksa kehilangan belaian kasih sayang daripada semua pihak,sama ada ibu atau bapa..Kebanyakan ibu atau bapa tunggal sukar mengawal tingkah laku anak-anak mereka.Mereka terpaksa mencari nafkah dan menjaga anak-anak pada masa yang sama menyebabkan hubungan mereka dengan anak-anak semakin berjauhan.Hal ini menimbulkan anak-anak berasa kesunyian dan tidak ada sesiapa yang mengambil berat tentang mereka,sedangkan orang lain dapat belaian kasih sayang daripada ibu bapa.Mereka berasa cemburu dan iri hati serta ingin melakukan sesuatu untuk menarik perhatian keluarga.Mereka berkemungkinan besar akan terlibat dalam gejala rempit.

Selain itu,kurang didikan agama dalam keluarga turut menyebabkan gejala ni terus berlaku.Didikan agama amatlah penting penting dan menjadi panduan hidup seseorang.Masyarakat kini sepatutnya berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing tanpa mengira Islam,Buddha ataupun Kristian.Pada masa kini,ibu bapa tidak lagi bersembahyang mengikut masa yang ditetapkan gara-gara kesibukan dalam kerjaya masing-masing.Mereka kurang pergi ke tokong cina atau ke tempat beribadat.Dengan itu,mereka semakin berjauhan dengan amalan-amalan murni agama.Dengan tidak ada pegangan agama dan jati diri yang tinggi,mereka mudah terlibat dalam kancah negatif.

Rakan sebaya turut menjadi penyebab kepada gejala ini berlaku.Pada usia belasan tahun,remaja sememangnya lebih mempercayai rakan sebaya kerana rakan dianggap lebih memahami mereka.Mereka sanggup meluahkan masalah kepada rakan-rakan berbanding dengan ahli keluarga.Mereka menjadikan rakan sebagai “role model”.Remaja yang berfikiran cetek atau kurang matang sudah tentunya terikut-ikut dengan perangai buruk anak-anak.Mereka akan dianggap sebagai penakut sekiranya tidak mengikut tingkah laku rakan-rakan.Mereka sukar membezakan sama ada rakan itu baik atau bermasalah menyebabkan mereka tersilap pilih rakan.Oleh itu,mereka terjebak dalam gejala rempit kerana menganggap perbuatan itu amat bergaya.

Remaja-remaja yang belasan tahun memiliki sikap ingin cuba yang menebal dalam kalangan mereka.Mereka sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baharu dan menimba lebih banyak pengalaman yang baharu serta menarik perhatian.Kebanyakan remaja yang kurang menyerlah dalam bidang akademik akan terjebak dalam gejala rempit untuk menarik perhatian ibu bapa supaya mereka tidak dipinggirkan.Namun,mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka itu salah dan hanya akan merugikan mereka.Masa depan mereka akan malap dan “seperti layang-layang yang terputus talinya”.Mereka akan terus kehilangan tujuan dan matlamat hidup yang akan menghancurkan masa depan mereka.

Kesan-kesan yang timbul daripada gejala ini ialah masyarakat akan pandang serong terhadap mereka yang terlibat.Mereka akan menimbulkan rasa kurang yakin dan hilang kepercayaan terhadap mereka.Kemungkinan besar daripada mereka akan dipinggirkan oleh masyarakat dan menjadi bahan bualan seharian mereka.Hal ini hanya akan mengakibatkan maruah diri dan keluarga akan turut tercemar.

Remaja-remaja yang terlibat dalam gejala rempit bukan sahaja akan membahayakan nyawa diri sendiri malahan membahayakan nyawa orang lain yang tidak berdosa juga.Selain itu,perbuatan negatif akan menyebabkan kerosakan harta benda awam melalui merempuh sesuatu kawasan tanpa kawalan atau hilang kawalan.Perbuatan yang membahayakan ini hanya akan merugikan diri mereka sendiri,”seperti menconteng arang ke muka sendiri”.

Di samping itu,nama baik negara turut akan terjejas.Malaysia akan dipandang rendah oleh masyarakat luar.Pelabur-pelabur asing akan bertukar alih ke negara lain untuk melabur.Bilangan pelabur asing akan berkurangan dan menyebabkan ekonomi negara kian merosot.Negara kita akan terus mundur dan ketinggalan zaman.

Langkah-langkah untuk membendung masalah ini ialah ibu bapa harus memberi didikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi,”melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Sejak usia yang muda lagi,ibu bapa harus membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk berdoa atau bersembahyang.Ibu bapa harus memastikan mereka tidak meninggalkan solat,contohnya orang islam perlu sembahyang sebanyak lima kali sehari.Hal ini boleh memastikan mereka sentiasa mendekati Allah atau Tuhan mengikut agama masing-masing.Mereka akan lebih memahami tentang dunia akhirat,pahala,dosa dan karma-karma.Hal ini membolehkan mereka sentiasa mengingati akan Allah atau Tuhan supaya tidak tersilap langkah kerana hanya akan membawa padah,”sesal dahulu berpendapatan,sesal kemudian tiada gunanya”.

Pihak berkuasa juga memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini.Mereka harus memperketatkan lagi undang-undang dan mengenakan hukuman yang lebih banyak terhadap sesiapa yang terlibat dalam gejala rempit.Mereka harus melakukan rondaan dan pemeriksaan secara berterusan pada setiap malam.Mereka boleh merampas motosikal dan memeriksa lesen memandu pemandu-pemandu.Sekiranya mendapati sebarang curiga,mereka harus mengambil tindakan setimpal atau menahan mereka yang melanggar undang-undang dengan pergi ke balai polis.Mereka turut boleh memberi amaran terhadap mat rempit dan tidak harus mengamalkan rasuah yang bertentangan dengan matlamat kerjaya sebagai anggota polis,iaitu “Amanah,Cekap dan Adil”.

Kerajaan turut boleh melancarkan kempan kesedaran,sama ada dalam media elektronik atau media massa.Mereka boleh menayangkan “Katakan tak kepada rempit” melalui iklan televisyen.Dengan itu,mereka akan mempunyai kesedaran dan berwaspada daripada melakukan gejala negatif tersebut.Di samping itu,pemberita boleh menemu bual terhadap mangsa-mangsa kemalangan yang terlibat dalam gejala rempit,mereka dapat mengambil iktibar daripada mangsa tersebut,”menyayangilah nyawa anda,ingatlah orang yang tersayang”.

Justeru,aktiviti sihat dan berfaedah boleh dianjurkan oleh kerajaan,antaranya ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Program Rakan Muda.Program-program ini akan membantu remaja-remaja kini meningkatkan kesedaran dan memiliki jati diri yang tinggi.Mereka akan menjadi lebih berdisiplin,bertanggungjawab dan berdaya maju.Mereka boleh mempelajari pelbagai ilmu serta pengalaman untuk meningkatkan prestasi kendiri dan berfikiran lebih matang.

Kesimpulannya,pelbagai pihak harus berganding bahu untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa.Sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat harus dielakkan,mereka harus melaporkan kepada pihak polis dengan segera sekiranya ternampak lumba haram dan janganlah menjadi “seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing”.Remaja-remaja harus mendengar nasihat ibu bapa dan tidak keras kepala untuk mengelakkan nasihat mereka menjadi sia-sia sahaja,”seperti mencurahkan air ke daun keladi”.Ibu bapa perlu menjadi “role model” dan menunjukkan sikap positif dan nilai murni serta dicontohi oleh anak-anak,”bapa borek,anak rintik”.Kerajaan perlu memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab dan bukannya bersikap sambil lewa.Kepada semua rakyat Malaysia pula,kita perlu mengelakkan daripada terlibat dalam kancah negatif demi menjaga maruah diri,keluarga dan negara serta dapat merealisasikan konsep Satu Malaysia.


By : KSM ( 5Sc1 2009 )

- can be found in SMJK Chung Cheng Magazine corner :)

No comments:

Post a Comment